Tuesday, February 7, 2012

Aku Degil?

Photobucket

Mak aku cakap aku ni degil. Degil sangat-sangat. Tapi kadang-kadang aku sendiri tak faham bahagian atau part mana yang dikatakan degil tu.

Masa zaman sekolah dulu, aku jarang dengar cakap orang. Kalau aku dah cakap aku nak kan si A, sampai ke mati aku kejar, sampai lubang cacing aku cari. Bila dah dapat apa yang aku nak, aku tersenyum. Puas mungkin! Walaupun sebenarnya aku telah banyak kehilangan peluang disebabkan terlalu asyik mengejar si A. Tapi masa tu darah muda, mana kisah pasal benda lain.

Degil aku memang degil macam batak kuali yang hitam tu.



Orang cakap degil dari kecik sampai ke besar.

Masa aku sekolah dulu jugak, aku ni memang lemah Fizik. Aku memang tak minat dan tak faham pasal velocity, momentum, energy ni semua. Mak aku suruh pergi tusyen, memang haram aku pergi. Masa tu aku takut dengan cikgu tu. Garang woo! Mak suruh aku study sendiri, aku buat benda lain. Degil dan tak dengar kata. Bajet otak geliga macam batu delima. Tak payah belajar, tak payah gilap. Terus bersinar.

Akhir cerita, sampai ke Trial hari tu aku dapat C untuk Fizik. Terer kan? Subjek lain dapat A tapi Fizik mantain jer C. Bodoh. SPM hari tu, ramai orang call aku suruh aku study Fizik. Tapi aku ni tak dengar cakap orang. Malam exam Fizik tu aku boleh rilek jer tido pukul 8 malam tanpa sentuh buku langsung. Hebat kan?

Esoknya jawab paper Fizik sambil menyesal tak sudah. Soalan bukan susah sangat. Biasalah kita ni manusia, bila dah susah barulah nak ingat semua benda yang lepas-lepas."Kalaulah semalam aku study" "Kalaulah aku concentrate apa yang cikgu ajar dulu" "Kalaulah aku ikut cakap umi aku selama ni"

And again, all those 'kalaulah' means nothing in this situation.

Banyak benda yang aku lepaskan sebab kononya nak ikut kata hati.

Tapi bila dah semakin dewasa. Aku belajar yang ikut kata hati tak salah tapi perlu diiringi dengan akal dan iman. Jangan sampai nanti membakar diri sendiri pulak.

Bersikap degil dalam mempertahankan hak diri sendiri dan orang lain. Bersikap degil tu boleh tapi kena tengok keadaan jugak. Jangan nak main pakai teori kita sorang jer. Kita perlu belajar untuk consider pandangan orang lain.

6hb February 2012 - Aku gaduh besar dengan kawan aku.

Salah aku sebab degil. Salah aku sebab tak pernah nak mengalah. Salah aku sebab terlalu ego. Nasib baik selepas sejam, dia hantar mesej balik. Mintak maaf. Walaupun sebenarnya pucuk pangkal, memang salah aku. Aku yang mulakan dulu. Tapi, dia memang penyabar dengan aku. Kalau tak takkan dia mintak maaf dan  mulakan semua benda from zero.

Aku tanya dia "Marah ke?"

Dia cakap "Tak. Tak pernah marah awak. Dah faham sangat perangai Nur Liyana Izzati bt. Abd. Aziz ni."

Aku? Lega. Munkin kali ni aku bernasib baik sebab dapat orang yang macam ni. Kalau lain kali, tak tahulah apa yang bakal jadi.


Too often we don't realize what we have until its gone.
Too often we are too stubborn to say " Sorry, I was wrong"
Too often it seems we hurt the ones closest to our heart,
And we let the most foolish thing tear us apart.



Apa yang aku belajar ialah; Belajarlah untuk mengalah dan berhenti jadi terlampau degil !

Maaflah akhir-akhir ni entry macam ape-ape jer. Hahaha.

15 comments:

syira syah said...

si degil

nuruashia said...

ilek2..akk pon degey gk..it's normal :) wehaaa

Natasya Naslin said...

just BW here =)

haha =p degil2..sama la kite -_-" adess..
btw, love those quotes.. =)

Nana said...

skang ni nakal lg er??

liyana izzati said...

@Syira Syah : Ye saya. Sedang berubah sekarang. Hehehe.

liyana izzati said...

@Nuruashia : Haha. Samalah kita.

liyana izzati said...

@Natasya Naslin : Thank you. Quotes tu hasil google jer. Hehehe.

liyana izzati said...

@Nana : Sekarang ni nakal sikit jer. Dah serik kot.

Budak Nakal said...

ptut r payah nk lulus..jpj pon taw awk ni degil..
hahahhaa...

Ali Power said...

kah3.."hidup ni penuh dgn penyesalan"

.........cP~ said...

Saya pun degil. Ini pengajaran. Huhu.

liyana izzati said...

@Budak Nakal : Ye lah sifu, saya lah heroin terhebat kalau bab-bab degil ni. Tapi pasal tak pass jpj tu ada kaitan ke? Sebab tu saya selalu cakap yang saya memang tak sesuai jadi cikgu. Nanti anak murid ngan cikgu sama-sama keras kepala. Hahaha

liyana izzati said...

@Ali Power : Gelak eh? Choii.

@....cP~ : Degil jugak? Kita sama-sama berubah okay.

Kamalia Butterfly said...

haha true. sy pun degil gak. tp err tah ;)

liyana izzati said...

@Kamalia Butterfly : Haha. Faham :)