Tuesday, January 24, 2012

Muhasabah diri.

Photobucket

Assalamualaikum readers and bloggers.

Kehidupan seseorang tu tak pernah dan takkan pernah sama dengan orang lain. Ada sesetengah orang, perjalanan hidup mereka sangat senang dan lurus. Tapi sesetengah orang sebaliknya. Aku selalu tanya diri aku  kenapalah aku ni macam ni. Kenapa family aku macam ni? Kenapa adik-adik aku sengal macam ni? Kenapa aku selalu tak dapat apa yang aku nak? Kenapa perangai aku macam ni and so on. Tanpa aku sedar, yang aku sebenarnya tak bersyukur dengan apa yang aku ada.

Kita selalu melihat kesempurnaan dunia sehingga kita lupa untuk mencari kesempurnaan akhirat yang sememangnya lebih kekal.


Pernah ke tak cukup makan macam ni?


Dalam setiap badan manusia, terdapatnya seketul daging. Jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasadnya, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah Hati. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh jasadnya.

Aku selalu ingat hidup orang lain sangat perfect. Bila tengok seseorang itu kaya, cantik, aku selalu tertanya-tanya kenapalah aku tak jadi macam dia? Kenapa nasib aku macam ni? Kenapa aku tak cantik macam dia? Sedangkan jika dilihat dari satu sudut yang lain. No one has a perfect life! She/He might have a better life than what we have, tapi sebenarnya dalam sesetengah perkara. Kita sebenarnya lebih baik. Penilaian terhadap seseorang itu bagi aku tidak boleh dinilai berdasarkan mata kasar sahaja tetapi sebaiknya kita membuat penilaian dengan mata hati dan mata jiwa.


Bila kita berjaya membuka mata dan melihat seseorang itu bukan dari satu sudut pandangan sahaja. Kita akan semakin melihat kelebihan dan mungkin juga kekuatan yang kita sendiri ada.


Sebenarnya, kita keliru dalam mencari siapa diri kita. Kita terlalu ingin mengembirakan orang lain dan cuba menjadi orang lain, sehingga kita sendiri tak terjaga dan kecewa.

Kita bertanya : Kenapa aku diuji begini?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta."- Surah Al-Ankabut Ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah Ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa aku selalu sedih dan tidak gembira macam orang lain?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman"- Surah Al-Imran Ayat 139.

Kita bertanya : Kenapa ujian aku berat macam ni?
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya" - Surah Al-Baqarah Ayat 286.

Kita bertanya : Kepada siapa aku patut berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal." - Surah Al-Taubah ayat 219.

Kita berkata : Aku dah tak mampu bertahan lagi.
"...... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Surah Yusuf ayat 12.

Allah knows best about our past, the present and the future. Always have faith in Allah because only He knows us better than ourselves.

Do you want to please people or do you want to please Allah?


p/s : Aku bukan nak jadi ustazah. Aku cuma mahu memperbaiki diri sendiri.

7 comments:

syafiqakarim said...

tiap org ada kelebihan tersendiri.jgn cepat terasa dgn keadaan sekeliling.
jgn selalu tye kenapa apa semua bila tuhan da tentukan kite mcm tu.sb kite xtahu pun apa tuhan nak beri pd masa depan :)

sama2 perbaiki diri.

liyana izzati said...

Terima kasih atas nasihat tu. InsyaAllah, sama-sama perbaiki diri. :)

GaRy™ said...

never give up hope.. huhu~..

Dayana AZ said...

suka post ni :), dayana follow sini eh :D

NadyaBubble said...

Allah maha besar :)

liyana izzati said...

@Gary: InsyaAllah.

liyana izzati said...

@Dayana AZ :

Really? Thanks :) Follow awk jugak.