Wednesday, January 18, 2012

Aku dan Inner Bawal.

Photobucket
Assalamualaikum.

Korang minat shawl? Well, aku boleh dikatakan minat jugak lah. Eh bukan, aku memang peminat setia shawl. Setiap kali pergi jalan TAR mesti habis lebih dari RM50. Haha, teruk. Pokai mak aku. Tapi sebenarnya aku jarang jugak pakai shawl. Aku lagi suka pakai tudung bawal biasa jer. Mudah and cepat jer. Kalau pakai shawl kena lilit punyalah lama. Memang quite time consuming laa. Kalau nak cepat, memang aku tak pakai ar shawl-shawl ni. Lagipon kadang-kadang, aku rasa muka aku tak sesuai pakai sesetengah jenis shawl. Eh, bajetnya minah ni.

So, aku rasa pakai tudung bawal yang biasa tu lagi mudah dan simple. Tapi kadang-kadang tu nak jugak pakai cantik-cantik. Pakai shawl yang berwarna-warni and belit bagai tu. Haha. And guess what, sekarang ni dah ada inner bawal woo! Seriously, aku tak tahu sama ada inner bawal ni dah lama atau aku ni memang jakun sebenarnya. Kihkih. So dengan terciptanya inner bawal ni, akak-akak dan adik-adik yang muka tak berapa sesuai nak pakai inner cotton syria tu boleh la pakai inner jenis bawal ni.

             I'm wearing black inner bawal and black shawl. How do I look?


Muka aku agak tembam jugak laa. So, kalau pakai inner syria tu macam melekat jer kat muka. Tapi bila pakai inner bawal ni aku rasa lagi selesa dan paling penting dia tak melekat macam gam kat dahi dan muka aku. Haha.

Bila aku google pasal inner bawal hari tu, aku tengok banyak gila online shop kat Malaysia ni yang start jual this kind of inner. Bagus..bagus. Satu perkembangan yang sangat memberangsangkan. Aku adalah beli satu dua helai. Yang bestnya ada macam-macam colour wei. But of course, black is a must!

Antara online shop yang ada jual inner bawal:
Korang boleh klik yang mana patut okay.

                                 Inner bawal lagi selesa gua cakap lu?

6 comments:

Ali Power said...

pkai tdung byase suda~~ baru cool :)

yad'z said...

yup betul2.. lagi selesa pakai inner bawal ni.. ^^

HUDAJMAL said...

saya ade saye ade ! k jakun jugak. HAHA

liyana izzati said...

@Ali Power :

Adeei! Bukan nak bagi semangat ke ape. Hahha. Takpe, bukan selalu pon pakai. Hehe. Bajet jer lebih.

liyana izzati said...

@Yad'z: Haha, betul-betul!

@HUDAJMAL : Ye lah, kita sama-sama jakun!

Nalisa Syahira said...

okay aku baru tahu ada inner bawal ni , haha .