Thursday, December 8, 2011

My Daily Routine now!

Photobucket



Assalamualaikum readers.

Abaikan gambar vain ni okay.
Dah lama tak update kan? Mesti korang tertunggu-tunggu entri aku kan? Mesti setap hari bukak blog aku ni, nak tengok sama ada aku ada post something tak kan ? Pastu tengok aku tak update, korang mesti tak makan nasi seminggu kan? Okay, sentap ! Haha. Aku perasan, aku tahu itu.

People,
Sekarang ni memang aku busy. Although, SPM dah habis aku ada banyak benda lagi yang perlu dibuat. Seriously, sebelum SPM dulu punyalah banyak plan benda-benda yang nak buat lepas SPM siap boleh buat list "Things I want to do after my SPM" lagi. Bahaha.

Then bila the real time comes, rasa macam hmm malas lah aku !  Semua plan dah tak tahu terbang ke mana. Memang aku sangat pemalas la sekarang. Kalau dulu rilek jer online sampai pukul 4, 5 pagi, mata ni memang gerenti tak ngantuk kalau bagi menghadap FB. Kalau orang suruh tido, aku cakap lah "Lek luhh, masa masih muda ! " Tapi sekarang kau berani online sampai pagi, penuh la air liur basi kat laptop. Huahua, kejam !

Sekarang macam nak bagi diri sendiri penampor kat pipi sebab pemalas bagai ! Memalukan.

Both my sis, Ardini and me are jobless now. Ada sesiapa yang nak tawarkan pekerjaan yang mudah dan halal tapi gaji masyuk kat kitorang. Anyone?

Aku dalam proses nak dapat lesen kereta. Perghh, best kau bawak kereta ! Rasa macam bawak kapal terbang. Haha. Semalam, memang first time aku bawak kereta. Walaupun ada cikgu yang setia menemani, perasaan excited dan teruja tu memang tak dapat nak disembunyikan lansung. Kalau semalam korang ada jumpa seorang budak yang bawak kereta sambil senyum sampai ke telinga. Hmmm, memang sah la aku! Haha.


 Tapi, walau sehebat atau "se-best" mana hidup aku sekarang ni. I mean, no homework, no more boring books, no more pain kena ngan Sir Imran sebab tak siapkan kerja dia and so on. I always love and will always remember my school days. Besides all those pains, troubles and stress that I gained all this while during my school years, I am happy enough because I have great friends that keep supporting me in everything. I have few best friends that will always be there to point out the right direction when I need it. And of course pengalaman dan sweet moment yang telah aku dapat selama ni memang sangat countless and priceless ! I will always love 5Alpha/2011 forever.


Lepas exam ni banyak benda yang aku belajar tapi of course pembelajarannya lain kalau nak compared dengan apa yang kita belajar dalam kelas. Sangat lain. Kalau biasa kita berkawan dan jumpa orang yang sebaya or yang lebih kurang sama ngan kita je. Tapi bila habis sekolah ni kita jumpa macam-macam orang. Contohnya, hari tu aku register kat Akademi memandu, then aku masuk kelas berjam-jam. So, I cannot help myself from making new friends. Aku jumpa ramai orang yang lagi berusia dan matang daripada aku. Cara pemikiran diorang lain, perangai pon lain. And of course, ramai yang ingat aku ni budak uni yang balik untuk cuti semester. Mula-mula bangga sampai kembang lubang hidung mak tapi kadang-kadang tu tertanya-tanya gak aku ni nampak tua sangat ke? Takde la kan? Hehe.




2 comments:

eiyna zhafirah said...

same la .
bru abes spm jugak ! muahaha

jom belajar cara cara daftar churp churp .
lebih senang dapat earning berbanding nuffnang :)

http://swetiepinky69.blogspot.com/2011/12/cara-cara-daftar-churp-churp.html

liyana izzati said...

Eh, hi rakan seperjuangan! Good tuto. Tapi saya dah daftar chup chup cuma tak aktif jer. By the way, thanks :)