Saturday, November 26, 2011

Aku dah blogging balik! Yipppi :)

Photobucket
Assalamualaikum readers :) Rindu aku tak? Yeah, itu yang aku nak dengar. Haha.

Okay rasanya dah lama aku tak update blog ni. Bukan "rasa" tapi memang dah lama kan? Hehe. Aku ada kerja banyak. Modeling lagi then malam, I kena buat show sana sini. Ulang alik London, Malaysia almost every week. Lepas tu, hujung minggu pulak, I ada photoshoot dengan photographer-photographer overseas from US, Britain nak ambik gambar I. Dah la hari-hari I kena kejar dengan director-director yang famous kat Malaysia. Sorry guys, bukan I tak nak berlakon filem you all tapi bayaran tu ciput sangat sekarang minyak naik lah blablabla.

Rasa macam nak bagi penampo je kat muka budak ni sebiji dua kan? Okay, I'm kidding. Gurau-gurau jer dah lama tak bergurau ngan orang. Hihi :)

Alright, korang semua tahu aku tengah SPM sekarang kan? *Bajet aku ni femes. Huahua* So, salah satu sebab utama aku jarang update ialah the SPM itself. Biasalah bila exam ni, aku kena study sikit. Sikit je tak banyak sangat tapi pagi-pagi baru tido. Nak online boleh aja sih. Mak aku supportive and understanding  tapi tak boleh laa sampai berjam-jam macam selalu. Sekarang aku ada two more subjects to go. Biology and Chemistry. Seriously, aku tak sabar nak habis SPM. Bukan aku ni "bijak nak mampos" sampai yakin gila-gila dan gerenti aku akan dapat A+ , tapi aku memang nak benda ni habis cepat-cepat.


Aku mahu kebebasan. We want freedom! We want freedom! Ops, ni bukan blog anti mana-mana. Aku aman sejahtera okay.


   Cantik misai gua? Gua tumbuh misai baii sepanjang exam ni. Lu ada??

Aku tak nak story pasal subjek-subjek yang dah lepas macam BM, English, Math, Sejarah, PAI, Additional Math and Fizik tu. Bagi aku, benda yang dah lepas buat apa dikenang ( Mantap siot ayat! ) Maksud aku ialah, aku dah malas nak fikir pasal benda-benda tu. Walaupun paper Math hari tu mencabar jugak, I mean susah sangat-sangat. Mula-mula tu memang nak meleleh jugak air mata mak ni tapi aku tahan jugak. Aku cuba yakin dan aku cuba praktikkan semua teori dan ilmu yang telah aku belajar selama ni. Alhamdulillah, aku berjaya siapkan jugak. Aku dah berusaha. Dah bagi yang terbaik. Dah struggle habis-habisan selama 2 tahun ni dan InsyaAllah bila kita dah berusaha dan bertawakal, Allah akan bantu kita. What you get is what you give remember?

Rezeki itu datangnya dari Usaha yang Ikhlas.
 
And aku nak ucapakan terima kasih to everyone yang selalu support and bagi kata-kata semangat especially my family and friends. I always love each of you so much. Selalu wish me all the best dari first day exam sampai lah ke hari ni. Ya Allah, thank you. I'm grateful because You always give me "great people" beside me all this while. And because of you guys, Aku selalu rasa lebih bersemangat, aku rasa aku ada tanggungjawab, aku perlukan laksanakan tanggungjawab itu dan personally aku tak nampak any reason kenapa aku perlu mengalah dalam apa jugak benda yang aku buat. Thank you.


Also, Thank you readers and supporters. Selalu habiskan masa baca entri tak guna aku. Aku tak pernah serius kan?




4 comments:

Azza Rynna said...

semoga berjaya yer...awak sama cam kakak saya...nak sangat freedom...haha

liyana izzati said...

Hahaha. dik, buat masa sekarang "freedom" sangat peting dan necessary bagi semua pelajar spm. hahaha. :) Thanks.

HUDAJMAL said...

gud luck !
bio and chemistry mmg bole wat org gile. haha

Anonymous said...

de fausses articulations,