Saturday, October 29, 2011

Sijil Pelajaran Malaysia dan Kepentingannya.

Photobucket
Assalamualaikum. So, how's life?


Aku sedang membilang hari sebelum tibanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sometimes, aku harap benda ni cepat-cepat berlaku. Aku dah malas nak menghadap buku berjam-jam. Aku dah tak nak stay up sampai lewat pagi cuma nak study pasal locomotion biology. Aku dah letih korbankan waktu tidur, waktu rehat untuk buat latihan Additional Math. Aku dah letih nak berhadapan dengan pelbagai masalah pelajaran yang kadang-kadang aku tak tahu pucuk pangkalnya. Aku dah penat tiap-tiap hari terpaksa balik lewat sekolah sebab ada stay back. Aku dah tak tahan nak korbankan makanan yang aku suka sebab perlu jaga kesihatan. Aku dah bosan terpaksa duduk study di rumah sedangkan orang lain mungkin sedang bergembira pergi shopping, keluar dengan family dan kawan-kawan dan buat suka hati. Aku dah tak nak buang semua benda yang aku suka sebelum ni sebab SPM !

Tapi bila aku fikir-fikir balik.

Betul ke pilihan aku? Aku memang dah ready ke untuk SPM ni? Aku pasti ke yang aku akan dapat result yang cemerlang then buat semua orang happy? Aku yakin ke yang aku mampu balas jasa cikgu-cikgu aku yang mengajar setiap hari dan tak pernah kenal erti lelah? Aku pasti ke yang result aku nanti berbaloi dengan semua jasa mak bapak aku selama ni? Berbaloikah dengan semua wang ringit dan fulus yang melayang untuk pastikan aku pergi sekolah setiap hari? Berbaloikah dengan semua penat lelah mak bapak aku selama 17 tahun aku hidup?

Then, aku cuba berfikir secara matang dan menggunakan segala teori kehidupan yang aku tahu.

Selama aku hidup dan bernafas di atas muka bumi Allah ni, berapa kali sangat la aku buat mak bapak aku bangga dengan pencapaian aku? Selama aku 17 tahun hidup kat bumi bertuah ni, apa yang telah aku bagi sebagai balasan kepada orang-orang yang telah berkorban untuk aku ? Rasanya, i give them nothing unless stress and depression. Aku cuma tahu kecewakan orang tapi tak pernah nak belajar macam mana nak rawat luka tu. Jauh sekali gembirakan orang. kan?

So, I made this conclusion.

SPM cuma sekali seumur hidup. Memang la boleh ambik banyak-banyak kali tapi takkan aku nak habiskan masa dan fulus mak bapak aku untuk benda yang sama berulang-ulang kali idak? Memang umi papa orang senang tak perlu pergi mengemis nak mintak duit makan pakai tapi tolonglah wei, hargai diorang especially umi. Kenapa aku sayang nak korbankan semua benda yang tak penting dan tak bermanfaat sekarang untuk masa depan aku sendiri. Ya! SPM ini untuk aku, bukan untuk orang lain. Kalau aku dapat result cemerlang, aku yang bakal senang nanti. Orang lain cuma mampu senyum dan sengih. Kalau aku gagal orang akan still senyum dan sengih tapi senyum kambing dan sengih mengejek. Ingat, orang yang berjaya ialah orang yang paling banyak berkorban. Selama 2 tahun, aku study untuk ni. Boleh je aku tahan. Takkan bila waktu dan masa berbaki cuma kurang sebulan, i repeat KURANG SEBULAN! Aku nak mengalah? No way!

Mahu atau tidak mahu. Suka atau tak. Dunia zaman sekarang semakin maju kawan ! Orang dah tak pakai teori orang yang tak ada pendidikan. Orang dah tak guna cakap kosong tanpa bukti yang valid dan kukuh. Sedikit sebanyak orang yang cerdik intelek memang disanjung dalam komuniti. And sorry to say la brother, zaman sekarang orang akan nilai kita berdasarkan berapa jumlah A yang kita dapat. Orang akan nilai kita berdasarkan latar belakang pendidikan yang kita ada. Kalau SPM, BM dapat E, kau ingat orang akan dengar ke cakap kita? Tak, kot!


Sekarang Mak Ngah sebelah rumah pon sudah semakin bijak dan berkembang. Nak cari menantu yang lepasan universiti katanya. So, apa jadi kepada orang yang tak sayangkan diri sendiri? Apa jadi kepada orang yang malas nak berusaha sedangkan dia ada banyak lagi masa untuk belajar? Terpinggir ? Macam mana masa depan kita?Melepaslah anak Mak Ngah yang hencem macam David Beckham tu. Kalau yang lelaki, nak bagi anak dara orang makan apa bai? Pasir pon semakin mahal zaman sekarang gua cakap lu. Fikir-fikirkanlah. Berkorban untuk masa depan.

Be the very best you can be!
Good luck for SPM!

5 comments:

The Medical Duo said...

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/2011/10/9-1a-pmr-12-1a-spm.html

post simple pasal spm :D cerita abg n akak dedolu

Paris Lipton said...

blaja2.....gudluck ye ^^

amer afizal azmee said...

muhasabah diri balik yer dik... fokus seketika jer.. oke, lpas nie ok la.. pesanan ni untuk adik kandung sendir gak sbnrnya...sama umur dgn adik.. juz doakan kamuygterbaik, oke.

liyana izzati said...

terima kasih semua. korang sangat supportive!

Anonymous said...

wassup ordinarymissyana.blogspot.com owner discovered your website via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://traffic-for-your-website.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://traffic-for-your-website.com
To your success James