Thursday, September 1, 2011

selamat hari raya dan salam merdeka, malaysia!

assalamualaikum...

aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. hari ni dah masuk hari raya ke 4 tapi baru ada sedikit masa sengang untuk update blog. hehehe. lepas ni aku dah kena study balik dah. maklumlah trial spm minggu depan wei! tu lah pasal, aku rasa macam tak puas lagi beraya. dah la rasa cuti raya tahun ni kejap je kan? kan? hari ahad dah start sekolah. damn! pastu tung tang tung tang dah trial. masa cepatnya engkau berlalu..

raya tahun ni sangat best dan meaningful. ( walaupun tiap-tiap tahun best ). sebab apa? sebab tahun ni kira last year aku beraya sebagai budak sekolah. hikhikhik. selepas ni, aku dah tak nak masuk sekolah lagi ! tolonglah! serius, penat jadi budak sekolah ni wei. tak nak belajar! umi aku cakap kalau spm ni dapat straight a tapi tak nak sambung belajar pon takpe. umi bela sampai tua. hehe. itu kata-kata semangat umi aku selalu bagi sebab anak dia yang sorang ni selalu cakap malas belajar. sekarang dah 8a kena kejar 2 lagi subjek yang tak dapat a iaitu fizik ngan addmath. lepas tu, aku nak duduk senang sengih sambil goyang kaki. hahaha.

i always love Hari Raya. sebab bila raya everyone akan gathered kat rumah aku. since dalam family aku, kami takde orang tua macam datuk and nenek. semua dah meninggal. yang paling tua pon umi aku lah sebab my mum is the eldest among her siblings. so, biasanya bila raya all my pak ciks and mak ciks from kl akan balik rumah aku laah. kalau hari-hari biasa, semua orang busy dengan kerja masing-masing. bila raya baru dapat jumpa and borak lama-lama. last day of ramadhan, mesti akan bukak puasa sama-sama. masa tu sangat kecoh. pagi-pagi raya mesti kumpul ramai-ramai sambil makan kuzi ayam, ketupat and so on. then, ambik gambar sama-sama sampailah tiba saat nak pau duit raya. masa ni rasa sangat kaya. okay, boleh jerit "Aku Kaya!!"

                               pagi raya mesti skema! skema tak penting janji cun.

 adik beradik memang berbeza warna kulit dan gaya. jangan nak ulas banyak-banyak!

                            

                                                     hahaha.

                                                        happy smiles. 
  

                           candid depan cermin ialah satu kemestian. koya =_= 

     aku tak tahu la tapi aku yang di tengah nampak sangat tersepit di tengah mak-mak dara yang over. erk! perlu ke gaya macam tu?

                                                                                 female :)

                                                       senyum di pagi raya.




                selamat menyambut kemerdekaan yang ke 54, Malaysia! i love you :)

p/s : fokus for the coming trial examination. fight!