Monday, September 26, 2011

Mengapa Hawa dicipta saat Adam tidur?

Photobucket

Apa khabar reader (s)? Macam mana hidup korang hari ni? baik? Alhamdulillah.

hey, korang baca tajuk entry kat atas tu dan baca entry ni.

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka akan semakin bertambah rasa kasih sayang dan cintanya. Seandainya, Hawa dicipta dari Adam a.s saat Adam terjaga, pasti Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan saat Adam sedang tidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seseorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan dia akan menebus dengan kehidupan.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci pada orang yang paling dia sayang.





Dalam setiap badan manusia, terdapatnya seketul daging. Jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasadnya, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah Hati. Jika baik hatinya maka baiklah seluruh jasadnya.

Renungkan bersama :)

3 comments:

Miss Violet Sofia said...

entry yg sgt bagus! sy suka.

FALCON BIRU said...

nice one!!

liyana izzati said...

okay. terima kasih FALCON BIRU and Miss Violet Sofia. hehe