Friday, September 30, 2011

kami wanita.

Photobucket


Apa khabar readers? sihat. very well. Alhamdulillah.

" Jangan sesekali kalian; Lelaki - menyentuh wanita.
Terutama hatinya ".

Bila kita bercakap tentang wanita atau pon tentang perempuan. orang akan menggambarkan wanita sebagai lemah-lembut, sensitif, manja, halus. ramai yang menganggap wanita itu lemah- tetapi mereka juga tidak tahu yang kami sangat kuat juga. kadang-kadang lebih kuat dari apa yang mereka jangkakan. kadang-kadang lebih hebat dari apa yang mereka harapkan. ini kekuatan kami; Wanita. tak selalu ditunjukkan tapi tetap ada.

"Behind every great man, there is a great woman".

Bercakap dari pandangan personal sebagai seorang wanita. wanita bila dia cakap "Ya, saya sayang awak. saya cinta awak " sedikit sebanyak, she really mean that. bila dia dah cakap macam tu maksudnya dia dah pilih orang tu sebagai masa depan dia. although, waktu tu mungkin dia masih lagi tidak dapat melihat secara total apa yang akan terjadi pada masa depan kelak. dia sendiri tak tahu apa yang akan terjadi. tapi saat seorang wanita berkata;- Ya. dia sudah letakkan orang itu pada satu tempat yang istimewa di hatinya.

Wanita bila dia dah sayang someone tu susah dia nak pandang orang lain. dia akan stick dengan orang tu. tak macam sesetengah lelaki yang walau dah dapat perempuan yang baik macam malaikat pon still pandang orang lain. aku serius tak faham. kami selalu fikir pasal orang yang kami sayang. most of the time. persoalan "dia dah makan belum eh?" "dia sihat tak ni?" memang selalu berlegar dalam fikiran kami. sesetengah wanita tu nak tidur malam pon still lagi teringatkan orang yang dia sayang. kami memang mengaku bila kami sayang seseorang tu, kami terlalu ambil berat. tapi adakah orang nampak semua tu? ada ke orang appreciate? lelaki memang tak boleh setia kah? tak cukup satu? sampai kena pasang sampai tiga empat orang sekaligus? tamak!

Lelaki selalu cakap wanita "leceh". aku nak tanya personally apa yang korang maksudkan dengan "leceh" ? leceh sebab care pasal korang. leceh sebab selalu nak korang ada dengan dia. leceh sebab selalu tanya korang okay tak.  susah sangat ke nak send one simple text mesej saying that you are fine. susah? kami tak harap orang untuk call kami dan bergayut empat jam tanpa henti. No! kami tak mintak semua tu. bila lelaki nak keluar dengan kawan-kawan dia, aku rasa rata-rata wanita faham yang lelaki pon perlukan space. and we are okay with it. wanita bukannya tak faham hati dan perasaan lelaki cuma lelaki jarang nak fahami wanita. apa kata korang lelaki sebelum korang keluar jumpa kawan-kawan, send satu simple text cakap yang korang nak hang out dengan kawan-kawan and you are fine. aku rasa wanita akan faham dan dia akan stop sending messages for a while. at least tak lah wanita ni terkinja-kinja tunggu korang reply mesej dia. tak tahukah penantian tu sukar? imagine korang berada di tempat kami. then, baru cakap!



Mungkin ada lelaki yang menganggap wanita sukar difahami - rumit dan kompleks. Ya! wanita memang rumit, menyibuk, suka fikir bukan-bukan. tapi tahukah korang yang korang pon sangat rumit dan sukar difahami? and in certain situation, korang sebenarnya lebih rumit dari kami; wanita. bila seorang wanita mesej, lelaki akan cakap wanita ni menyibuk, manja and so on. tapi bila kami tak hantar mesej, lelaki akan cakap kami dah tak sayang diorang. dan lebih teruk, kami dah ada orang lain. apakah itu? apa maksudnya?



Seriously, wanita juga manusia. bila tak pernah dihargai, sampai satu tahap dalam hidup ni kami akan berhenti jugak. sejauh mana sekalipon seorang wanita tu sayang pada seorang lelaki, akan muncul jua satu hari nanti wanita itu  akan berkata - cukuplah! . Enough. Bukan bermaksud kami mengalah, kami cuma sudah letih. letih memberi tapi tak pernah dihargai. hey, wanita juga ada perasaan! tak selamanya dia akan menjaga hati anda kerana hati wanita juga perlu dijaga. Semua orang boleh cakap dia sayang kita, tapi tak semua orang boleh tunggu kita. semua orang ada komitmen dan komitmen wanita bukan untuk anda sepenuhnya. life must go on, remember?

"If you love something/someone let it go. If it comes back to you, it's yours. If it doesn't, it never was and it's not meant to be."

Lelaki -  bila anda sudah suka seseorang. please appreciate her! kalau suka cakap suka dan kalau tak suka terus terang je. tolong jangan tipu kami. bajet ar, korang pon tak suka ditipu kan? tolonglah jaga hati kami seperti mana kami jaga hati kamu.

Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci pada orang yang dia salah tapi bila dah sampai waktu untuk kami pergi. tiada apa lagi yang boleh menghalang.

Entry ni ditulis berdasarkan pandanga peribadi. Terima kasih.

biarlah aku nak perasan kejap. lepas ni dah jarang update, Ingat SPM! hehe


2 comments:

amer afizal azmee said...

thanx alot. entry yang bagus. penuh dgn emosi. tanpa ada fikiran dari pihak lelaki. juz one question, bagaiman pula dengan wanita yang xhargai lelaki? hahah, herm. mybe dari kesilapan sendiri kan.. thanx budak

liyana izzati said...

@amer afizal azmee.
haha.terima kasih sebab sudi baca entry yang penuh "emosi" ni. aku rasa persoalan wanita tidak menghargai lelaki juga berlaku tapi jarang kita jumpa. tapi aku tak menafikan perkara begini memang berlaku. aku rasa ada banyak sebab kenapa wanita tak menghargai lelaki dan kalau aku nak komen kat sini memang panjang la. so, korang sebagai lelaki lebih sesuai nak bercakap masalah ni kalau nak banding ngn aku kot. fikir-fikir sendiri kat mana salah kata.. thanks budak? budak mana. aku dah besar la! haha