Saturday, July 2, 2011

i'm back! update selepas lama gila tak update! tajuk pon keliru.

assalamualaikum.


lama betul tak post something kat sini. lately, aku memang busy busy sangat. minggu-minggu kebelakangan ni aku sibuk buat preparation for the school event, lawatan, read history text books until late. yea. and guess what. aku dah dua minggu tak masuk kelas. haha. bukan tak masuk kelas sebab ponteng tapi tak masuk kelas sebab aktiviti sekolah jugak macam pertandingan itu, ini dan sebagainya. walaupun muka aku takde dalam kelas tapi lets consider yang aku hadir cuma tak masuk kelas. get it? tak paham? sudah. malas nak explain :)

so, aku nak la letak satu dua gambar aku kat sini. tak kisah la korang suka ke tak suka ke. aku tetap nak letak. sekarang, aku nak buat ikut apa yang aku fikir. malas nak fikir dan sibuk pasal orang lain lagi dan lagi. sekarang ni aku just go with the flow daah.




pictures ni semua masa kat cameron highland. kat opah's strawberry farm and tea plantation. tapi sorry do aku tak ingat nama ladang teh itu. terlampau excited. haha. and as you can see, we stayed at heritage hotel which was just a stone's throw away from a famous market there.so, we do all the shopping by our own. percaya tak, pagi-pagi aku berjalan je turun bukit nak pergi beli makanan. jalan kaki tuu.



masa ni, kami kat penang. tak silap aku ni masa kat usm. kami tidur situ. best dapat ejas abang uni dua tiga orang. haha. gurau-gurau. ejas tu orang lain. aku tak! budak baik. haa. ni pakai cantik-cantik ( erk, cantik ke?) ni sebab nak pergi dinner dengan orang yang telah sponsor kami punya trip. thank you to that Dato'. sorry, i couldn't remember his name. plus beliau pulak tak jadi pergi. beliau just wakilkan pembantu beliau. so, memang aku lupa dan lara lah nama beliau.




 lets move on. sekarang ni pulak masa kat KMPP or ringkasnya matrikulasi pulau pinang. kat sini kitaorang tido and the next morning ada taklimat about matrikulasi kejap. masa taklimat tu, ye lah kena a little bit formal sikit. pakai baju sekolah lengkap. barulah rasa diri ni kecik lagi sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan abang ngan akakkat matrik ni. in case you guys are wondering. yang mana satu kah liyana izzati abd. aziz. korang cuba cari budak perempuan ( memang lah perempuan takkan lelaki ber " binti" pulak kan? ) yang memakai dua name tag. haha. aku memang suka buat benda unik dan pelik. haha. although, cikgu cakap orang yang pakai name tag lebih daripada satu ialah seorang gila hebat! haha. cool people are weird people :)





okay. yang ni pulak masa kat bukit bendera. aku tak payah cerita la apa tujuan dan buat apa aku ke sini. seriously, takde motif. kenapa kalau pergi penang mesti pergi bukit bendera? why? tak ingat ni kali yang ke berapa aku ke bukit bendera tapi kali ni lain sikit sebab kali ni aku pergi ngan kawan-kawan yang superb and terbaik!

okay done with lawatan. sekarang aku nak cerita pasal perbarisan pandu puteri pulak. berikut ialah gambar-gambarnya (ayat skema habis!)






okay done!

3 comments:

wan or sean said...

wah bestnyerrrrrrr

Azza Rynna said...

sumpa bez....

liyana izzati said...

haha. jangan dengki. jom la join!