Tuesday, June 7, 2011

dunia blog : orang perlu faham apa yang mereka tak faham. mesti baca!

assalamualaikum and hello world.


apa khabar korang? rindu aku tak? tak? sanggupnya tak memahami betul. tak boleh lawan Seth betul. kihkih. alamak tetiba terkeluar pasal Nora Elena. erk! tapi dia memang sweet pom kan? kan? siapa setuju sila angkat tangan macam saya  * gaya usop wheelchair *. kihkih. hari ni aku tak ponteng kelas okay. dah insaf. iskisk. minggu lepas banyak ponteng kelas masa cuti. alasan yang paling common ialah nak rehat sebab baru habis exam. sekarang dah hari selasa minggu baru so MESTI mulakan buku baru la kawan. tengok gambar. muka rajin dan ikhlas nak pergi sekolah. cemerlang! haha.


siapa kat sini ada facebook? ramainya. sila tepuk tangan untuk diri korang. jelas sekali pengguna facebook tegar. haha. abang-abang dan kakak-kakak sekalian. adik nak tanya lah pernah tak korang terima massage kat fb yang invite korang untuk follow certain blog? kadang-kadang follow blog diorang sendiri. pernah? pernah. aku rasa mesti pernah kan? takkan selama ni aku je yang kena?  =_="
so what do you do? ignore, buat bodoh je or buat muka macam takde perasaan lansung. haha. apa korang rasa bila ada manusia yang lansung korang tak kenal send mesej "hi, i read your blog. nice! please please follow mine okay. i really need your support. i'm newbie here". atau ada yang lebih teruk lagi dia pi tulis camni "hi, i found out that you are a blogger. well, me too. i had read your's. i just had a few followers hope that you can follow mine please sis. i'm desperate!". macam mana tu?? dan terdapat bermacam-macam lagi contoh ayat yang biasa digunakan.


my conclusion is you cannot asked people to follow your blog if diorang tak nak. i mean, takkan kau nak pergi melutut kat kaki diorang and say "please follow me! i'm begging you". dan korang tak boleh la nak marahkan orang tu kalau dia taknak follow blog korang okay.tak payah la nak kutuk-kutuk dia atau cakap dia sombong tak bertempat bagai. contohnya "menyampah betul aku ngan si liyana izzati tu. berlagak nak mampos. macam la dia tu famous sangat.ingat dia fatin liyana ke? mentang-mentang lah nama ada nama liyana. huh! demanding gila! bajet hot la tuh" haha. contoh je wei. mintak-mintak takde orang kutuk aku belakang-belakang macam ni. kalau nak kutuk mari ar sini. face to face. kita terus terang apa yang tak puas hati. kalau cabul, boleh bagi terus sebijik dua kan? lu jangan bikin gua panas. benda ni kan universal. setiap orang ada sebab dan jenis blog yang diorang suka baca. just think positive, maybe dia rasa blog korang tak sesuai dengan jiwa mereka kot. ada kemungkinan jugak! kita kena ingat la semua orang ada citarasa masing-masing. you cannot forced people to like you so sama la jugak kat sini. don't get me wrong aku bukan nak sokong sesape or nak cakap " alaaa, ikut suka aku la kan. aku nak follow blog sesiapa pom even aku tak pernah nak paksa orang follow aku. yang kau gila glamour nak paksa orang bagai ni apa kes baii?" siapa cakap macam ni bagi aku sangat tak cool. pada pandangan aku mungkin kita patut tengok, singgah dan baca dulu blog dorang ni sebab sometimes blog diorang bagus jugak laa dan tak rugi kalau kita follow diorang. tak bermaksud kita orang lama kita hebat kan?  sepatutnya kita support newbie ni sebab diorang baru nak belajar tentang all this stuff. kita kena tunjuk la rasa bertimbang rasa dan hormat sikit barulah ada kerjasama dan ukhwah. tak gitu?




okay tu satu kes. kes yang lagi satu ialah kes blog ntah apa-apa. blog yang memberi ilmu dan manfaat semua orang suka kan? kalau blog korang ntah melalut apa benda lansung orang tak faham macam mana kami kami ni nak suka. kalau blog korang bertindak macam online diary is acceptable lah. kita semua ada kehidupan masing-masing. bagi aku tak salah kalau kita nak share pasal hidup kita. maybe orang akan dapat banyak informasi-informasi baru melalui blog kita. jenis blog yang ntah apa-apa bagi aku ialah blog yang serius meraban apa kebenda yang totally mengarut. yang tulisannya ntah apa-apa. kadang-kadang aku terfikir tuan punya blog ni nak apa sebenarnya? apa motif dia? korang perlu tahu bahawa line internet di kawasan terceruk luar bandar seperti kat kampung aku ni sangat slow mengalahkan siput babeng. so, bila aku blogwalking kat sesebuah blog tu of course i expected to read something that is knowledgeable or tak pon menarik dan seronok. jadi apabila aku bukak blog and i read something yang sangat tak boleh diterima akal. of course la mood aku akan terganggu. yes, kadang-kadang aku ada la nak marah jugak. aku tak suka baca blog yang hari-hari bercerita tentang boyfriend dia yang kononya baik dan sweet mengalahkan Seth dan Adam (adamaya). then bercerita pasal kebaikan bf dia ni yang macam malaikat. keluar sama-sama. ouhh, romantik! kononya boyfriend dia ni sangat lah baik hati, caring, understanding, supportive, handsome and so on. kadang-kadang naik loya aku baca. pastu siap tulis "KAULAH CINTA MATIKU" "KAU LAH LELAKI YANG PALING AKU SAYANG DALAM  DUNIA NI" "I WILL LOVE YOU FOREVER HINGGA KE HEMBUSAN NAFAS TERAKHIR" apa kes ni? 'lelaki yang paling disayangi dalam dunia" come on la kau tak sayang ayah kau ke. better sayang orang yang dah bersusah payah jaga kita sejak kita kecik daripada orang yang kita tak pasti lagi arahnya. how can you be so sure that he is the one? dia tu dah memang sah-sah ke akan jadi laki kau. dah memang pasti sangat jodoh kau ngan dia. kalau tak macam mana? kalau dia curang macam mana? aduhai, jangan lah nak buat aku muntah hijau kat sini. memang tak salah sayang seseorang tapi janganlah sampai over gila. setakat nak letak satu dua gambar bf kau tu boleh diterima lagi lah. maybe nak tunjuk yang kau ni dah taken by someone. boleh diterima la yang kau tak nak kena kacau. tapi kalau penuh dari atas ke bawah sidebar tu gambar bf kau je apa kes? pastu sampai header pon nak letak gambar bf dia. haai, tak takut ke cik kak? sekarang nisbah penduduk dunia ialah 1:4. satu lelaki bersamaan dengan 4 perempuan. apa hak korang sebagai pemilik blog bila buat macam tu? takdenya aku nak jeles walaupun aku ni single. haha.so please, remind yourself! kalau dah memang Allah tentukan jodoh kita ngan orang lain, kita kena terima jugak.

sorry  kalau aku ada buat sesiapa terasa or sakit hati selama ni. sorry about this post. kalau korang rasa apa yang aku tulis tu terover. tolong perbetulkan okay. thank you >_<




kecikbesar : aku paling suka abang Ben Ashaari sebab kalau kau follow blog dia, dia mesti akan follow kau balik. facebook pon sama. dia mesti akan say "thank you" kat wall kita. keep it up abang ben!

1 comment:

Fakhrul Haiyin said...

wahaha. gempak giler entri nih. hehe. konfem ramai yg trharu lpas baca. =='