Monday, June 13, 2011

Diari hari ini. suka dan duka :)

assalamualaikum.

apa khabar korang? sihat? Alhamdulillah. lega :) kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat nanti melarat. hari ni hari pertama sekolah selepas cuti sekolah 2 minggu. kalau tanya aku sebenarnya tak ready sangat lagi. i mean, sangat tak ready. sepatutnya cuti lagi seminggu. baru lah best. then, masuk sekolah macam orang biol. confirm tak faham apa-apa yang cikgu mengajar. tadi pon aku macam ada masalah nak faham chemist, kena renung baik-baik dulu baru dapat tangkap! luckily, aku duduk kat depan sekali dalam lab tadi. betul-betul depan muka cikgu and exactly depan papan hitam. hehe.



kalau kau sebagai seorang pelajar. benda yang selalu merumitkan kepala otak kau mesti salah satunya ialah exam. lepas habis minggu tak tidur malam, minggu mengahadap buku 24 jam akan mucul pulak hari menanti resultnya. hari ni dah dapat result secara totalnya. Alhamdulillah, result aku meningkat dengan mendadaknya. *nada  bangga dan terharu* all the hard work paid off kot! walaupun kedudukan dalam kelas just naik satu anak tangga. tak penting. yang penting bilangan A. haha. jawapan bela diri la tu kan? okay. keseluruhannya result aku kali ni ialah 8A 2C. nak suruh aku besarkan ke? boleh jugak! hihi. tapi cukuplah sekadar bolt kot. hehe. subjek yang dapat a ialah bahasa melayu, bahasa inggeris, mathematics, chemistry, biology, sejarah, pendidikan agama islam and tassawur islam. so, korang boleh imagine la subjek apa yang aku dapat c tu kan. of course, my favourite forever subjects Physics and Add Math. bijak. bijak anak mak :) umi aku dah bagi signal suruh tekan jugak fizik tu. sebab aku memang tak tidak dan no tu fizik. tak tahu lah aku memang blur habis kalau fizik wei. bagi aku, orang yang dapat a fizik memang hebat la walaupun subjek lain dia dapat D! addmath tu aku tak risau sangat sebab minat dah ada, cuma latihan sikit je lagi. InsyaAllah.


actually, aku baru balik kelas malam. hah right! kelas malam pon dah mula dah. ishishish. yang paling sedih, terlepas nak tengok Juvana tadi. tsk! semakin busy. dah la tadi ada aktiviti ko-kurikulum rumah sukan. aku tak kisah sebab muka selalu ponteng. kalau bab-bab ko ni aku cakna pasal pandu puteri ngan bola jaring jer sebab aku naik pengerusi ngan pemain. yang lain tu ikut suka hampa laah, aku tak kisah! aku banyak benda lagi nak fikir. kelas malam memang best tapi yang tak best ialah bila balik kelas malam mesti rasa mengantuk gila. waktu malam memang best laah belajar sebab rasa macam santai jer.cuma yang tak best tadi ialah banyak betul binatang terbang kat kelas tadi. masuk dalam baju. oii, geli mak! ni mesti serangga jantan. gatal macam ni. haha.

      benda alah ini lah yang buat aku tak senang duduk tadi. lain kali pergi main jauh-jauh okay.

lepas habis kelas malam tadi. punyalah eksyen aku berjalan. cis! bajet ayu dengan baju kurung pinknya. nasib je tak pakai shawl hana tajima tadi sebab dah tahu tak selesa nanti nak kena ejas-ejas bagai.haha.berjalan punya jalan tapi tup tup tersadung kat tangga. ya Allah malu gila. tuhan je tahu nak letak muka kat mana. rasa nak melekat je kat dinding masa tuh.depan aku dah la ramai budak laki, kat belakang pulak budak-budak form 3 ngan cikgu-cikgu. aku boleh pergi jatuh tak ingat dunia kat situ. golek kiri kanan . memang malu la wei. mamat kat belakang aku sampai tertutup mulut gelakkan aku. waaa! tak nak. aku tak nampak ada satu lagi anak tangga last. ingat kan dah tanah. ambik kau terduduk situ. sakit kepala lutut aku tau tak. dah la Cikgu Li siap ejek aku sakan lagi. haha. esok nanti tadah telinga je laaah :p


okaylah korang aku nak stop dulu kat sini. aku baru ingat yang hari ni aku nak hafal reducing and oxidizing agent kimia plus dia punya observation ngan test dia skali. bye. nanti aku post lagi kalau ada masa okay.
assalamualaikum.


kecikbesar: umi aku membebel sebab adik aku Ardini Izzati punya result  down gila. aku nasib baik :)

2 comments:

apik pehe said...

apik pon baru tahu result hari ni..pointer memang jatoh..huwaaa

liyana izzati said...

haha. sabar je laa. tapi belajar kat uni ngan budak sekolah is totally different kot!