Saturday, June 4, 2011

Aku rindu bau pohon tin,kalau aku ada pohon tin la kan?

assalamualaikum.


Alhamdulilllah. majlis semalam berjalan dengan lancarnya. kepala sepupuku, si khalish juga sudah botak. i mean "real botak". haha. kesian jugak aku tengok si khalish ni botak begitu. hensem bebenor teman tengoknye. semalam, aku tidur pukul dua pagi. hari ni dah kena bangun pagi-pagi kemas rumah yang serius macam kapal pecah. kihkih. hari ni aku makan sandwich untuk breakfast. sedapnya.


okay. lately, minat aku terhadap bahan bacaan dah datang balik dah. hari tu diserang fenomena "gila motivasi" dengar je ada sesi ceramah motivasi, terus sign in. gila. sindrom tu dah hilang. memang aku tahu aku suka membaca buku tapi aku cuba untuk kurangkan sebab tahun ni aku SPM.InsyaAllah cemerlang! bagi aku, better aku habiskan masa aku study buku-buku rujukan atau baca nota-nota ringkas dan mind map yang sangat sangat berguna. kan? tapi buku-buku rujukan tidak mempunyai nilai seni dan estetika yang ada pada buku-buku lain.bagi aku buku rujukan merupakan satu cabang maklumat yang merangkumi konsep pelajaran sahaja walaupun sebenarnya jika direnungi dalam-dalam, buku-buku pelajaran sebegini bukan sahaja merangkumi konsep itu tapi merangkumi seluruh kehidupan kita secara totalnya. cuma minndset kita, eh bukan! mindset aku susah sekali untuk diubah.

mungkin sebab bila aku study buku-buku rujukan, nota-nota pelajaran. aku rasa takut dan risau. rasanya, banyak lagi ilmu yang belum aku terokai. sempat lagi ke aku? mampu ke aku carry ilmu ni sampai ke spm? bahan-bahan bacaan seperti ini banyak mengubah emosi atau mood aku. jadi, buat apa membaca kalau hati tak senang? membaca untuk menenagkan dan mendamaikan. so, aku pilih bahan bacaan yang juga ilmiah tapi bukan ke arah pelajaran. alaa, buku-buku study tu baca jugak tapi biar kena masa, situasi dan tempatnya.hihi



kalau korang ingat aku pernah post pasal buku ni awal tahun atau end of last year. hehe. aku sendiri pon tak ingat. lupa. this is the second time, i read this book. kenapa buku ini yang aku pilih dalam banyak-banyak buku yang tersusun di rak library sekolah? sebabnya, seorang kawan rapat aku telah terpilih untuk pursue her study oversea. ke jordan untuk buat dental. Alhamdulillah. murah rezeki dan sangat bertuah. aku harap tahun ini giliran aku pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki, usaha dan tawakal. buku ni kan banyak story pasal kehidupan penulis di jordan. so, saja nak baca.

"Apa bezanya jalan dengan jalan-jalan?" Jalan is you do the walking with walking and jalan-jalan is just a waste of time. "So would you consider yourself as hidup or hidup-hidupan" If we consider ourselves as hidup-hidupan then let us live with no reason. If we are HIDUP then let us understand our purpose of life.

buku ini tepat sekali buat orang yang mencari satu emosi  lega tapi masih mahu mencari ilmu. haha. apa aku melalut ni, sila abaikan. so let us understand our purpose of life okay!


Proud to be a Muslim, and proud to be known as a Muslim. You can be a modern person without being westernized because modernization and westernization are two different things.

penulis buku ini ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. alaa, dia merupakan seorang penulis jugaklah. kalau korang seorang kaki novel. korang mesti tahu novel Aku Terima Nikahnya kan? that is one of his pieces too. banyak la aku tengok buku ustaz ni kat library sekolah aku. cuma nak membacanya tak sempat. busy je selalu. korang boleh ke laman web ustaz. tekan sini jer. kalau tak pon sila ke saifulislam.com


 lagi satu berita baik ialah i managed to get A for chemistry. ya Alhamdulillah. dapat A again. selepas dua kali exam markah turun ke B. then, ni dapat cepat-cepat bangun untuk A lagi. thank you to everyone who keep supporting me all this while. i am totally blessed. markah untuk PKBS dua ni belum dapat fully. sekarang baru dapat untuk empat subjek. mathematics, biology, chemistry and bahasa melayu. *sorry that i spell in small letters* Alhamdulillah setakat ni still lagi dapat A untuk keempat-empat paper tu. sekarang tengah tunggu untuk markah paper lain. doakan aku yer. aku target 8A exam kali ni. tapi tak tahu la lagi. i'm having problem with my english and tassawur islam. essay english aku serius meraban ikut suka hati. orang lain markah essay semua tinggi-tinggi, aku sorang je kot yang rendah. risau. kalau tassawur pulak, aku ada masalah kat kertas 2.well, aku tinggalkan dua soalan. bukan apa aku memang tak tahu dan tak boleh nak teka. maybe korang akan kata. "alaaa, cuma dua soalan je kan" memang la tapi markah untuk dua solan tu ialah lapan. imagine tak lapan markah yang dapat membezakan A+ dengan A. yang dapat mengubah B kepada A. banyak tu. mintak-mintaklah aku dapat A kali ni ya Allah.


okaylah. ni yang aku tak suka bila post pasal study nih. makin risau aku jadinya. =_= "

"If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing"- Benjamin Franklin (1706-1790)

No comments: