Saturday, May 7, 2011

paya bakau: pantai semerak.

assalamualaikum.

haaaai. lama gila mak tak update blog. mak bukannya apa. lately mak busy gila sebab mak ada banyak event-event yang sengal. haha. menyampah tak kalau ada orang cakap macam tu? sengal nak mampos =_=

memang dah lama pon aku tak update blog. bukanya apa. malas lah sebab nanti ada je yang nak eksploitasi apa yang aku tulis kat sini. then, kecoh satu sekolah pasal tulisan aku. sangat sengal okay. tak best la menulis macam tu. bagi lah peluang kat aku untuk menulis apa yang aku rasa, apa yang aku tak puas hati, apa yang aku sedih. main reason aku menulis ni pon untuk kepuasan diri aku sendiri. seriously, aku tak paksa pon orang untuk baca apa yang aku tulis. takde paksaan sama ada untuk bacab dan komen tapi bagilah komen yang membina.

                    

actually, waah dah pandai " actually" la pulak sekarang. haha. tak serious okay. actually, aku baru balik dari pantai semerak untuk kajian paya bakau. dah boleh agak la kan kalau benda-benda paya sekalian alam ni mesti ada kaitan ngan projek biologi kan. kan? tapi kitaorang tak stay lama lah sebab unexpected yang tempat tu banjir. banyak sangat air sampai kitaorang boleh masuk tepi-tepi jer. tak boleh masuk dekat ngan pokok, so, tak dapat nak sentuh pokok rhizophora tu yer. terkilan.

then lepas tu kami straight ke la hot spring. ya! ke la hot spring dengan perasaan terkilan tak dapat nak masuk hutan. haha. tapi best sangat kat kolam air panas tu. walaupun aku tak mandi air panas. jangan cakap nak mandi, celup kaki pon tak. panas la kolam dia. so, aku panjat bukit redah hutan belantara dan jumpa air terjun yang sangat best. haha. bukan, ini cerita betul. tak tahu pon ada air terjun kat situ. memang miracle lah! jadi hari tu, aku habiskan masa aku kat dalam air sejuk tu je lah. and guess what?? aku dah pandai berenang. haha. tengok muka aku sengal gila masa tu. maklumlah sepanjang hayat 17 tahun ni baru boleh berenang. sebelum ni mampu tengok je lah. ingat lagi aku pergi kem kepimpinana last year. ada aktiviti water confident. aku antara yang last sampai. sengal. memang tak reti lansung nak berenang. plus aku memang panik kalau bab-bab air ni. tolonglah.

                                                   sumber: encik google!


nak tahu something?? nak la, nak la. masa kat la hot spring hari tu kamera baru aku hilang. dah la kamera baru pulak tu. baru dapat masa birhtday aku 26 April hari tu .tiba-tiba hilang. sedih dan sangat sengal. haha. gila sempat lagi gelak. tak serious memang sedih gila. dah la habis air liur teman nak memujuk umi teman suruh beli kamera tuh. sengal sunggih si pencuri. ambik lah handset ke mp3 aku ke. boleh beli yang baru. ni tak ambik jugak benda mahal aku baru dapat. sengal, sengal dan sengal. kalau ikut kata hati aku memang aku meraung melalak meraban tak ingat dunia kat situ jugak. nasib baik lah aku ni penyabar dan tenang. sabar. sabar. biasanya Allah ambil yang ni dan Dia gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah. mungkin jugak dia ambik kamera tu supaya aku tak lalai dan belajar bersungguh-sungguh. who knows?? tapi aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sedih. kamera baru tuuuu!!!

thats why aku tak boleh nak share gambar-gambar yang aku baru ambik kat sana. kalau tak mesti banyak gambar yang aku dah upload kat facebook kan. sengal laah si pencuri! hari tu memang hari yang sangat menyayat hati lah bagi aku. isk.. isk...isk...


ada sesapa nak sedekah kamera??? saya sangat desperate!

No comments: