Saturday, April 9, 2011

berilah nasihat secara berhemat. bukan kutuk-kutuk

                                      terharu =_=. ramai orang share dan like

assalamualaikum.

aku hargai setiap nasihat yang singgah di blog, facebook or even face to face. appreciate a lot. tapi ada jugak nasihat-nasihat yang kurang sedap didengar. aku tak kisah kalau nak nasihat kat orang pon tapi biarlah berhemat dan berpada-pada. gunakanlah teknik dan cara yang betul. macam jawab soalan jugak la. nak dengar atau tak tu masalah si penerima nasihat tu la pulak. asalkan kita dah laksanakan tanggujawab kita kira okay lah tu.

facebook is a great medium to communicate with others of different races and religions. itu pandangan aku. agak tak sedap didengar apabila ada orang insult aku and cakap aku kuat online facebook.eleh, macam lah bil internet ni mak bapak kau bayar. tak pon aku curi duit kau. then, tak semestinya aku online fb maksudnya aku tak buat kerja lain. eh, helo. aku belajar guna internet okay. kat rumah aku ni, undang-undang sangat dititikberatkan. aku tak boleh online selagi homework tak siap. tak kisahlah nak online berapa puluh jam sekalipon asalakan homework beres. cara kita berbeza. korang mungkin keluar main bola sebagai satu cara untuk lepaskan strees.  ada yang lepas siap homework,  pergi bersiar-siar tepi pantai tu. tu cara korang. dan ini mungkin cara aku. so, tolonglah respect sikit. ni tak masuk lagi bab mengkutuk blog aku ni. hmm. tak kisahlah. boleh pahala free kat aku. takpelah redha jer.


lately, ramai gila orang yang komen mengarut-mengarut kat facebook aku. tu tak dikira dengan bab-bab mengata ikut suka hati macam facebook bapak dia punya pulak. eh, helo. bapak kau ada berapa percent saham dalam company tu? or mark zuckerberg tu bapak sedara kau? ikut suka hati jer.

                                       memang kaya budi bahasa lar.

                                    ada yang makan batang penyapu kang! kurang ajar.

kalau korang tak kenal orang tu. tak payah la nak judge dia. bak kata orang "dont judge a book by its cover" sama jugak dengan kita. sebenarnya yang kau dengki gila meraban dengan orang lain tu kenapa? terima je lah everything yang dah ditakdirkan oleh Allah kepada kita. tak payah la nak mencarut, mencaci, memaki, insult or anything yang boleh buat orang tak puas hati dengan kau. please lah. aku takde masa nak layan sampah. kau pon mesti takde masa nak layan benda-benda tak penting macam ni. so, anggaplah orang lain pon macam tu jugak. kau kena bajet yang orang lain pon manusia jugak. kalau dah datang angin "amarah". memang siaplah!

aku respect orang yang memberi nasihat secara berhemat. thank you. ^_^

3 comments:

Fauzie Jasmani said...

Singgah sini..salam kenal..i follow..

Latest Entry : Jom download Toolbar UpProfits with Alexa Rank..

cujen said...

betul tu...nak nasihat kena berhemah..

salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

BESTEVER GIVEAWAY

PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG MAYBANK

chenta nana said...

suka blog.. comel.. nana suka.. btw salam kenal dari saya-chenta nana-