Thursday, March 31, 2011

result okay!

assalamualaikum.

okay, result exam hari tu dah keluar dengan rasminya. hahaha. kalau boleh tak nak bersedih. buat ape nak sedih-sedih. perjalanan ke arah kejayaan tu masih panjang. this is just an exam, exam biasa bukannya SPM lagi pon. kejayaan bukannya ditentukan hari ini dan kegagalan juga bukan ditentukan dengan gagalnya kita hari ini. kan?

yang baik tu datang dari Allah. Alhamdulillah secara keseluruhanya aku dapat 6A 2B 1C dan 1D. tu aku ringkaskan je la yer. target aku exam kali ni 7A tapi sedikit meleset. takpe. dan Alhamdulillah jugak aku berjaya kekalkan kedudukan aku sebagai top 10 dalam seluruh tingkatan. kali ni aku di kedudukan no.7. takpe hari ini yang ke 7, lain kali akan jadi yang pertama.

tapi yang paling sedih ialah markah Addmath aku down gila. daripada 60 terus ke 40. tak tahulah silap di mana. rasanya dah buat banyak latihan tapi kenapa lah aku ni still slow lagi. aku rasa mistake aku kat paper 1 kot. memang aku nak nagis hari tu sebab tak bleh jawab. tu pon nasib baik dpat cover ngan paper 2. aku bagitau Tema ngan Tkah yang aku kecewa gila ngan markah Addmath aku. then, Tema nasihatkan aku sikit. dia kata bisalah tu. kalau kita dapat sikit hari ni, InsyaAllah nanti kita akan usaha lagi kuat. kalau dah duduk senang sekarang, kita mungkin dah tak akan berusaha. betul jugak kan!








No comments: