Thursday, March 24, 2011

Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha Mohd Noordin

assalamualaikum.


korang dah baca buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ? belum? baik korang pergi beli tak pon pinjam je dengan sesapa yang ada. tapi buku ni murah je RM 12. alaa, ape la sangat kalau nak dibandingkan dengan topup korang hari-hari tu.

secara ringkasnya, buku ni menceritakan tentang perjalan hidup seorang wanita mencari calon kekasih. kekasih selepas Allah dan Rasul. selain itu, ada jugak menceritakan kehidupan Qaniah selepas berumah tangga. tapi memang best la buku ni. memang bukan sekadar kisah mencari cinta namun penulisnya juga ada menyelitkan isu-isu global, hadis-hadis yang bermanfaat dan cerita hikayat hidup Rasulullah dan para ulamak Islam. seriously, buku ni sesuai bagi semua golongan la aku rasa, walaupun isi kandungannya banyak menceritakan tentang kisah percintaan. Remaja macam aku lagilah sesuai sebab at least mengajar kita macam mana pentingnya mengejar cita-cita pada waktu sekarang daripada mengejar cinta buta.

kepada yang tak baca lagi boleh la pergi beli. semua budak perempuan kat kelas aku dah khatam buku ni. memang rugi laa kalau tak baca cik kak dan cik abang sekalian!

selepas siap baca buku ni hari rabu. aku pergi sekolah semalam. letak beg dan jerit " aku tengok semua budak lelaki dalam kelas ni takde 50 peratus pon ciri-ciri Dr Muslih(watak lelaki dalam buku tu)"  kawan-kawan aku :?????

p/s: siapa cakap aku tak baca buku?? aku menyahut seruan kerajaan mengalakkan pelajar sekolah membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku setahun. see, aku patriotik!

3 comments:

Anonymous said...

bezzz...
ak suggest kat kau buku ni plak...
denyut kasih medik...
buku citer pasal suami dye plak,Dr.Muslih...
kire buku diari suami dye plak...
sje suggest...
xnak bce xpe

noor azniah said...

okay nanti aku baca. aku ada jugak ternampak kawan-kawan aku baca. ape-ape pon terima kasih! :)

liyana izzati said...

all right bakal dipertimbangkan :)