Sunday, February 13, 2011

update baru :)


'

assalamualaikum sayang :)

lama sungguh aku tak update blog ni. nak kata busy takde lah sangat. tapi memang takde mood untuk menulis dan share apa-apa. rasanya aku ni banyak masalah sangat kot. ya ke? hmm. ntahlah. yang pastinya semua orang ada masalah. tak kisahlah masalah dengan kawan ke, guru ke, boyfriend ke. benda tu tetap dipanggil MASALAH. dan yang namanya MASALAH tu selalu datang tak dijemput. pulang tak disuruh. time dia datang habis seluruh keturunan dia bawak. dah la datang bertimpa-timpa. belum selesai yang satu ni datang masalah yang lain pulak. haaai! nasib kau lah maksalah. suhhh. pergi jauh-jauh dari aku!!


saat aku menulis post ni baru beberapa hari aku balik dari kem kepimpinan pelajar 2011. damn best! hahaha. kecuali bab rules yang agak strict. cis. ada sedikit kebencian di situ aku terhadap pak cik yang bernama m** h****m. memang gila meraban dan aku sangat tak puas hati dengan kau. okay. lupakan hal tu. serious, aktiviti kat sana sangat sangat best. rugi korang tak ikut. ada water confident, repailing(betul ke aku eja ni?) , survivor dan macam-macam lagi. dan buat pertama kalinya aku tahu dengan sebetulnya cara-cara nak gunakan kompas. dan pertama kali jugak aku belajar berenang dan berkayak. woo. serious aku takut giler bab-bab swiming ni. fobia! takut lemas! macam-macam perasaan. saat nak letakkan kepala dalam air tu. pergh!! then, first time jugak aku buat rock climbing wei! best-best. aku paling suka repailing. sebab semua org cakap aku macam profesional je.*koya* walaupun dalam hati ni berdegup dup dap dup dap 200km sejam. hahaha. at least aku tak terjerit-jerit panggil nama mak aku sampai tersedak dia kat rumah :) haha.


                                                   sumber asli

sekarang aku baru je balik dari karnival universiti 2011 kat kelantan trade center. tak kenal? orang kelantan mesti kenal maaa. okay la. daripada takde pendedahan lansung. lebih baik pergi. tapi geng aku pergi bukannya buat ape sangat. just nak kutip souvenir free jer. hahaha. tapi ada sorang abang ni bijak sungguh. aku pergi kat gerai dia. tak ingat universiti mana. UIA rasanya. aku pon buat muka serius dengar je apa yang dia cakap. last sekali dia cakap. "sebenarnya korang nak ni je kan?" sambil keluarkan kotak bola dia tu dan  bagi kat kami. aku gelak kuat sangat. hahha.

rasanya tu je lah yang sempat aku konsingkan hari ni. lain kali aku pasti tulis lagi. cuma sekarang ni aku busy sikit lorh. kerja sekolah dah makin banyak. semangat dah makin kurang. perangai pemalas dah makin dekat. adoiiii!!!


peribahasa cikgu romlah : kalau nak berjaya. jangan harap arnab tidur

4 comments:

aLieF si Muncung ManiS said...

kelantan trade center??alief tahu tempat tu..sbb alief study USM kelantan..kenapa tak bgtaw alief kamu ada kat situ..??tahniah sebab pandai guna kompas..hehehe..

ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"kalau korang berani,sila baca..kalau tak berani,sila ajk kawan sebelah utk baca bersama korang..deaL???""

kaizen said...

wahahah
kantoi2....

LiLohOnEy said...

selamat berjaya! :)

liyana izzati said...

alief : macammana nak bagitau?? buat pengumuman??

lilahoney : terima kasih :)

kaizen : apa yang kantoinya??