Sunday, February 6, 2011

azam baru


'

assalamualaikum..
pagi ni aku dapat semangat baru. ya semangat! aku kutip tepi jalan pagi tadi masa nak pergi sekolah :p tak lah. sebenarnya aku dapat semangat baru lepas dengar cikgu Pinah bagi semangat tadi.agak sebaklah di situ :'(   cikgu bagi semangat dan kata-kata azimat untuk kami. sangat appreciate cikgu. sayang cikgu. muaaahh!


yang paling terkesan kat hati ni ialah bila cikgu suruh belajar bersugguh-sungguh dan jadilah insan yang dihormati oleh kawan dan jugak lawan. tak kira lah apa latar belakang kita yang paling penting ialah menuntut ilmu sebab hanya ilmu yang mampu mengubah nasib famili kita. bak kata cikgu ilmu itu terlampau penting.
beliau jugak berkesempatan berkongsi tentang latar belakang beliau. rupanya cikgu berasal dari famili yang susah jugak.



Dengan ini saya Nur Liyana Izzati Bt. Abd Aziz berjanji dengan diri sendiri bahawa insyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan sehabis baik untuk kejayaan pada SPM 2011. saya mahu jadi pelajar yang cemerlang dan anak yang dapat membangakan mak bapak. saya nak kekalkan legasi kejayaan dalam upsr dan pmr yang lepas. insyaAllah....

p/s : 
http://www.emocutez.com sayang cikgu pinah. sangat sedih cikgu terpaksa pergi. tapi nak buat macam mana kan??

1 comment: