Wednesday, January 19, 2011

part 2 : sekolah dan putera katak.


' assalamualaikum.

lega dan mual. tadi dengan rasminya aku telah membedah seekor katak, jantung ayam dan lipas. walaupun baunya MasyaAllah menusuk kalbu sungguh. guess what? aku jumpa 3 ekor katak. hahaha. for sure bukan aku yang tangkap sendiri kan. umi aku suruh budak-budak sekolah dia tangkap. boleh 3 ekor katak besar. terer kan budak-budak zaman sekarang??

mula-mula masuk kelas biologi pagi tadi aku sangat risau. takut wei aku termuntah ke terpengsan ke atau pon tak mampu. tapi berkat tunjuk ajar cikgu dan dorongan mereka yg bergelar classmates, aku berjaya jugak. sama macam org lain. nanti aku upload kan gambar yer. cute gila katak cuma kotor sedikit. dan ada kegelian di situ. tapi bila lama-lama okay la. first kami masuk kelas, cikgu tunjuk bahagian jantung lembu. satu persatu. masa tu bau dia mmg hanyir lah. tak sanggup aku pergi dekat. then, masukklah sesi sendiri punya hal. kami pon dibenarkan merobek katak tu tapi hati-hati lah. handle with care kata orang.

best wei. cikgu cakap siapa yang ada cita-cita nak jadi doktor mesti belajar mengatasi kegeliann ni. betul tu! setuju. part yang paling best ialah masa nak matikan katak tu guna chloroform. eh, maksud aku bukan aku suka bunuh-bunuh ni tapi part tu paling best sebab tu first step kepada semua langka-langkah yg lain. time ni kita mula-mula sentuh katak dan suasana kat dalam makmal masa tu riuh sangat. ada yg menjerit bagai nak rak ape lah diorang, ni baru katak tak masuk tikus lagi.. ye tak?? aku mantain kool jer. walaupun habis gula-gula dalam poket aku telan. hahahha. mantain ayu jer.

tadi ada mesyuarat agung Pandu Puteri. Alhamdulillah aku dilantik sebagai Naib Pengerusi. hahaha. macam tak caye jer kan? rasanya aku lah pelajar yang paling malas kawad tapi mungkin rezeki aku tahun ni. takpe. bila diberi amanah wajib laksanakan. tahun ni aku ingat nak datang la time latihan kawad kaki. biar bagi semangat skit kat anak-anak buah. tak gitu?

p/s : farihin. jangan nangis lorh. hidup mesti diteruskan. dah mmg nasib si katak begitu. kita pon sama perlu terima takdir. nanti kita akan sekali balik. InsyaAllah. kalau kau berusaha untuk naik. dan kami berusaha untuk kekal.

No comments: