Monday, January 17, 2011

part 1: sekolah

assalamualaikum...

baru balik sekolah. penat pon masih belum hilang ni. letih wei! dah la hari ni ada mesyuarat agung rumah sukan. argh! aku sangat sangat tak minat. sekarang sekolah dah laksanakan dasar satu pelajar, satu sukan. tak nak!!! aku baru ingat nak berhenti main netball tahun ni. dah nak spm kenalah study lebih sikit. kulit baru nak putih sikit dah kena paksa jemur tengah panas pulak. hehehehe. tapi seperti biasa. kalau hati kata tak nak, tak nak la jugak kan? nanti aku ponteng macam tahun-tahun lepas yer. biasanya kalau masa latihan rumah sukan aku tak pergi pon, pergi buat kerja-kerja sekolah kat pondok mana-mana dalam sekolah tu. then. kalau ada cikgu tanya jawab jer " alaa, cikgu saya tak balik la. takkan nak lari pakai baju sekolah pulak" kawan-kawan aku yang lain jadi tukang angguk. hahaha.

ops. ni soalan penting untuk semua. rumah sape ada katak? lipas? kalau ada boleh tolong poskan kat aku tak? aku perlu dua makhluk ni demi hidup dan mati aku. taklah. sebenarnya, aku perlukan katak, lipas, jantung lembu dan jantung ayam untuk subjek biology. tapi aku tak tahu kat mana nak cari. katak-katak kat rumah aku macam tahu-tahu jer aku nak bedah dorang. sebab dah 2 hari aku tak nampak seekor katak pon. alaa, aku bedah sikit jer, nanti aku jahit la balik. bukannya susah.

sangat geli geleman tengok katak. mmg aku anti pon dgn makhluk hijau ni dari dulu lagi. sekarang ni nak kena sentuh, pegang, potong, siat, goreng... lagilah ngee~ kawan-kawan perempuan aku yang lain mmg kira beli la dgn sek2 laki. bijak sungguh. sempat lagi diorang buat bisnees. RM 2.50 untuk sekor. cekik darah sungguh kan? tak sanggup aku.



jika terjumpa 2 haiwan ni berkeliaran di mana-mana sila bagitau saya. masukkan dalam botol dan poskan. tapi sebelum masukkan dalam botol tu, sila basuh terlebih dahulu yer.

photo: .sumber asli

1 comment:

Abhamz said...

salam, mintak tolong klass mate lelaki cari?