Sunday, December 26, 2010

bola semalam.

assalamualaikum..
hari ni semua orang bercerita tentang bola, bola dan bola.semalam Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia kan? Safee Sali jaringkan 2 gol untuk Malaysia kan? ye lah. kau tengok tak?? jawapan aku tak! hahaha. semalam aku tertidur.bangun pukul 11. tak sempat nak tengok :'( tapi takpe aku ada terbayangkan pasal bola semalam dalam mimpi. hahaha. ini semua salah abby( adik aku). aku dah pesan suruh kejutkan kakakmu ini pukul 9. ada ke patut tak dikejutnya. kan dah terlepas!


tapi dont worry be happy. game satu lagi aku pasti tengok.bila ingat-ingat balik, since bila aku minat bola ni?? setahu aku waktu aku kecik-kecik. bola sepak merupakan salah satu game yang aku menyampah teramat sangat. i mean 21 men chasing over one stupid ball??? macam bodoh gila. mmg bodoh pon bagi pemikiran aku saat tu sebagai seorang budak perempuan yang kecik. maklumlah waktu tu aku selalu berebut tv dengan orang lain kat rumah. waktu tu zaman cite kartun mickey mouse kan? jangan nak tipu korang pon tengok jgak kan?


jadi bila aku mula minat dengan bola sepak ni? walaupun tak dikegorikan sebagai fanatik gila. aku rasa sejak aku masuk sekolah menengah kot. kira 4 tahun lepas la. sice form1. lagi pom masa tu bola Malaysia baru nak naik. baru nampak yang Malaysia sebenarnya ada team yang hebat. then, hari-hari kalau masuk kelas cerita pasal bola mesti tak terlepas punya. especially antara budak-budak lelaki. bola tu. bola ni! kami pelajar perempuan tak maen sangat. kalau bercerita pasal bola pon just yang kami kenal je. pasal MU, David Beckham, Kaka. bola Malaysia mmg tak minat la wei! apatah lagi bola Kelantan. lagi la tak minat!


time moves so fast! kami pon dah matang. minat terhadap bola pon dah berkembang. daripada tak minat dah jadi minat gila! daripada tak pernah tengok jadi mesti tengok! dulu aku tak layan la Piala Malaysia ni. tak minat. pemain dia aku tak kenal lansung. tapi sekarang tiap kali Kelantan maen mesti tengok. hahaha. sekarang ni kalau sesapa yang tak tengok bola dalam kelas tu mmg diketgorikan sebagai kuno laa.

bola banyak mengubah persepsi pemikiran aku. kalau dulu aku mg tak reti nak judge satu game tu. bagi aku kalau kalah maksudnya mmg team tu teruk. tapi sekarang aku tahu banyak aspek yang perlu dilihat sebelum memberi title kpd sesebuah team tu. tak bermaksud semua yang kalah tu teruk kan?? i think so.

di sini,aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat buat Nur Liyana bt. Abd. Rashid( table mate aku) kerana telah berjaya memupuk minat bola dalam diri aku. i guess i wont know anything about football without her. dia yang menjadi pendorong kepada aku untuk berjaga setiap mala pada final Piala Malaysia, World cup, Piala Suzuki dan tiap kali game Chelsea dgn MU. and i guess football do bring us a lot of inspiration and spirit especially bila kita bergaduh pasal sesuatu hal. kau mmg mewarisi sikap Syed Adney yang kau puja tu. dak aku sangat happy sebab dia dah tak maen untuk Kelantan lagi.

so. who said football is just about 21 men chasing over one stupid ball?




1 comment:

'yAnA' Cute said...

Malaysia Boleh!!!
go Malaysia go..~~
btw yana follow cni tau..

link yana ..
http://zestpurple.blogspot.com
xleh tggl jejak kt shoutbox coz ad prob cket...hehe :)
salam kenal =)