Friday, December 10, 2010

aku teraniaya. isk..isk..isk

assalamualaikum.
boring kan hari ni? tak tau nak buat apa time-time cuti skolah macam ni. for sure, rutin harian tetap diteruskan.
oh! rasanya aku belum bercerita tentang stokist cosway baru umi aku. STOCKIST COSWAY JELAWAT. apa lah lupa weh! hehehe. umi aku baru bukak stokist cosway 5.12.2010 hari tu.Alhamdulillah so far so good. kalau yg dok dekat-dekat tu bleh la singgah and beli la something. so, since opening hari tu kerja aku ialah jaga kedai and menghadap muka dan kerenah manusia yg macam-macam. haii. so, hari-hari aku balik lewat malam. hari-hari bangun awal utk bukak stokist. letih weh. takde masa untuk diri sendiri lansung. maklumlah bukak pkol 8 pagi tutup 8 malam. 12 hours. 8 malam bukannya bleh tutup terus. kna buat close sales day, FTP and macam2 lagi. lagi lambat balik kalau line internet slow macam siput babi kena sawan. masa tu aku rasa macam nak je pergi ketok pintu rumah pekerja TM!
serious penat gilaaa! balik rumah terus tido. dah 6 hari aku tak tengok tv. kat sini mmg la ada tv tapi tak bleh bukak senang-senang. ada syarat2 dia. mengarut je kan? ada tv tapi tak bleh tgk. macam pelik je? kalau rumah aku 24 jam on.
                                 tengok tu ayu berbaju kurang, koyas :p


                                   sila muntah sekarang! hahaha

then biasa la untuk setiap stokist yg baru bukak, company akan buat macam makeover utk memperkenalkan barang-barang cosway. and guess what? aku jadi magsa keadaan. menyampah! gila babak la! dulu time stokist wakaf Che Yeh baru bukak ada la buat makeover ni then tiba2 umi aku suruh aku join. masa tu aku tak nak tapi dah kena paksa terima je lah kan? haha. serious ni aku tak nak muka aku dimake-up kan. pastu dgn kejamnya umi aku letak gambar aku kat kabinet depan. macam ?????? hah?? TIDAK!!!

                                    gila.gila dan mmg gila! TIDAK!
                                    jangan percaya ni gambar makeup.
                                    aku bukan macam ni!
                                   jangan percaya! hahaha

yang buat aku geram tu, knapa la umi aku ni tak nak letak gambar dia. dia cakap nak suruh nampak perbezaan. like wah hebatnya! tiap kali ada customer masuk dia mesti promote pasal makeover ni sambil tangan tunjuk-tunjuk kat gambar tu. dan tiap kali tu jugak aku rasa nak menyorok je bawah meja kaunter ni.malu weh! customer tu pon macam sengih jer. sengih perli ke??? ayat umi aku selalu guna " hah tengok, jerawat-jerawat semua dia buang. mula2 dia make up muka kita pastu dia ambik gambar for free. dia ajar la kita macam mana nak posing. rugi la kalau tak make over..bla..bla..bla"
yang tak tahannya ramai gak la yg tertarik. dalam 20 org lebih jugak lah. lawak la weh!


      see, totally different kan?? hei jangan kutuk lebih-lebih yer!

No comments: