Tuesday, August 10, 2010

stupid both of you.

assalamualaikum...
hari ni izinkan aku untuk berkongsi satu cerita. baru je berlaku dan sedang berlaku. tak tahu bila akan berakhirnya cerita yang tragis ini. chewaaaah! :) benda ni simple. siapa yang makan cili dia lah yg rasa pedasnya. aku tak tujukan kepada sesape ok. matlamat utama kenapa aku menulis kisah yg sangat2 bodoh ni ialah sebab aku tak puas hati. rasanya bukan aku seorang je kot. teman2 seangakatan. semua cakap tak puas hati. bukan nak membuka aib org. cuma sekadar jadikan pengajaran dan apa pandangan korang nak berhadapan dgn situasi begini.


kalau dalam sebuah insitusi sekolah itu of course ada cikgu, ada pelajar. cikgu boleh dikatakan sebagai kepala. cikgu yang berhak tetapkan undang2 sekolah dan kami sebagai pelajar kena ikut walaupun kami tak suka. tapi macam mana kalau cikgu sendiri cakap tak serupa bikin?? kenapa cikgu tak dihukum? tak diroton macam kami kena kalau tak ikut peraturan?? oh yes! sebab dia cikgu. dan cikgu patut dihormati. persoalan utama, kenapa masih ada cikgu yang macam ni?? bukan cikgu sepatutnya menjadi idola kpd pelajar, ke? or aku yang salah. siapa makan cili dia rasa pedasnya.

setiap sekolah mesti popular dgn slogan" jauhi ponteng".. hari2 kat assembly, cikgu2 mesti syarah pasal ponteng sampai kami yang tak buat pon terseksa terpaksa dengar sekali.
ada satu hari. beberapa hari yang lalu. ada seorang budak perempuan ni telah dirotan oleh cikgu disiplin perempuan sebuah sekolah. seba tak puas hati,budak perempuan ni pergi la mengadu dgn seorang cikgu didiplin lelaki dgn tiket dia"rapat" dgn cikgu tu. tapi cikgu yg rotan tu bukan suka2 hati je rotan. budak perempuan tu ada buat kes la. akibat kes "mengadu" ni budak perempuan tu tak masuk kelas dari sebelum rehat sampai ke balik. aku sendiri tak tahu apa yg dia buat. wallahualam la pasal tu. pas2 cikgu tu takkan tak mengajar kot.ooo... maybe dia dah habis masa mengajar hari tu. maklumlah dia kan cikgu disiplin. mengajar subjek2 yg macam tu jer. busy la katakan.. tapi layan budak perempuan ni tak busy plak yer? ish..ish..ish.. siapa makan cili dia rasa pedasnya.

budak perempuan ni mmg dah ada banyak kes didiplin. mostnya melibatkan ponteng dan several lagi. yang buat aku hairan ni kenapa cikgu tak pernah ambik tindakan? kat mana cikgu masa ni? mungkin sebab dia "cantik" skit drp orang lain maksudnya dia ada kelebihan bbanding orang lain. kat mana prinsip cikgu yang sebelum ni sangat2 tegas. ckgu tu cakap disiplin tetap disiplin. denda tetap denda. ni lain plak yer? haiiii. still lagi ingat masa tu kwn2 aku tertangkap sebab ponteng kelas. terus isi borang masuk bilik disiplin. kenapa cikgu tak buat macam ni kat budak perempuan tu? ckgu dah jadi baik ker? kalau betul dah jadi baik kenapa secara tiba2. kenapa sekarang? tapi undang2 tetap perlu dilaksanakan. disebabkan sikap pilih kasih cikgu/cikgu-cikgu ni. budak2 semua macam tak puas hati. kenapa tak bersikap profesional? kenapa jadi macam ni? cikgu tak nampak ke kesalahan tu walaupon depan mata je? takkan cikgu tak tengok buku rekod kelas. kalau tak tengok. kenapa susah2 kutip hari-hari. atau cikgu just ambik mudah. kutip buku then tandatangan jer. tak nampak ke kolum "pelajar ponteng" tu? kenapa sediakan kolum tu kalau tak tengok? siapa makan cili dia rasa pedasnya....

cuba korang bayangkan berada di posisi kami?kiteorg selalu terpikir apa yg special sangat ngan budak ni. kalau stakat pakai baju ketat n tudung kecik macam tu. ingat aku heran ke? dah la tu, budak perempuan ni selalu buat date kat kelas yg tepi bilik disiplin. bila kita tanya dia tak takut ke buat date kat situ. dia jawab "ala. rilex la. stakat kat situ. sapa heran" macam tulah bunyi yer. sape yg tak geram? kalau aku nak story kesalahan budak ni mmg banyak la. letih aku nak senaraikan. dia selalu balik awal. kalau time masuk perputakaan, com lab mmg konfim dia akan ponteng. balik awal. aku tak paham apa yg dia buat sampai balik awal. mungkin dia kena balik masak nasik jaga anak2 dia kot...sayang betul! dia boleh dikatakan pandai jugak la. kenapa nak sia-siakan kelebihan tu? tapi biasa la berapa ramai org2 kat luar sana yg pandai tapi at the end gagal dlm kehidupan? banyak.


pelajar satu hal!cikgu pun satu hal jugak! aku tahu aku tak patut cerita pasal benda ni. tapi dah mmg aku tak tahan ngan sikap cikgu-cikgu ni. mana letaknya professionalism cikgu? takkan dah hilang bila berhadapan ngan plajar2 perempuan yang "ala-ala gedik" macam tu. sedih! sedih dgn sikap cikgu. pelajar2 dah hilang hormat kat cikgu dan aku rasa dia tak patut nak nasihat org lain kalau diri sendiri pon tak betul. patutlah ramai sangat kakak2 n abg2 form2 lain tak puas hati ngan cikgu-cikgu ni. patutlah diorang dilabel "gatal". aku pernah dengar seorang pelajar menyumpah seranah cikgu tu sebab cakap tak serupa bikin.sebenarnya, ada sesetengah pelajar yg anti ngan ckgu2 nih. mungkin sebab dia tahu perangai sebenar cikgu2 ni. rasanya ramai yg tahu cikgu ni ada skandal ngan pelajar. hah! skandal!hahahha. mesti korang terkejut kan? cikgu dgn pelajar? cikgu2 ni single lagi ke? jawapan nya tak! dah beranak pinak pon. so, dah nampak sangat la yg mmg gatal. betul la. bukan salah kita kalau cakap dia gatal. oh!maybe xde ape2 kot. salah faham je kot? salah faham? salah faham apa yg sampai angkut anak dara orang keluar malam2. bagi je apa yg budak tu nak. kalau sms guna sayang, abg, honey. masih lagi nak nafikan? mungkin cikgu tak tahu yg pelajar pon ada mata untuk melihat, ada telinga. jangan ingat mentang2 aku buat tak kisah. sebenarnya aku tak tahu. i know everything ok!


No comments: