Wednesday, June 2, 2010

feeling ;)

post hari ni melibatkan feeling skit. jangan terkejut!!! aku pon boleh jadi jiwang lar...
pernah x korang keliru dengan perasaan korang sendiri, kadang sukar nak membezakan perasaan terharu dengan sedih, perasaan marah atau sayang, perasaan cinta atau suka, dan aku rasa macam2 agi.. setiap orang ada persepsi dan pandangan yang berbeza2 tentang perkara ini dan macam mana mereka membezakannya... ramai antara kita yang tersilap dalam mebuat percaturan hal2 sebegini... mungkin, kita terlampau ambil mudah kot.. ntah lar,,,
ok,, biar aku straight to the point saja,, aku sudah berkenalan ngan seorang hamba Allah ini... x payah lar cakap nama dia....xnak mencetuskan kontroversi kat sini! alhamdulillah, sepanjang berkenalan dgn hamba Allah ni,, aku ternyata senang and selesa dengan perangai dia yg cool. seorang yang sangat baik and i don't know why, dia macam ade something special,... tapi aku anggap dia hanya sebagai kawan! ntah macam mana, aku boleh pergi berkenan ngan dia ni....so, aku buat x tau jer! x tau lagi lar sama ada cinta atau suka jer. tapi perasaan ni kalau makin dihalang akan jadi semakin pelik. so, i decided to ask org2 yg pakar dalam bab cintan- cintun ni. and jawapannya :) "and i guess you just like him not in love, people yg jatuh cinta lagi teruk dari kau ni... kau x pernah jumpa org yang sebaik  dia, sebab tu kau jadi camni.. mungkin kau sayang dia sebagai seorang kawan jer... and aku terima saje nasihat tu..
and hari ni jelas skali... aku hanya anggap dia sebagai kawan, buktinya without him around aku biasa jer... macam tu jugak kalau dia ada... luckily, aku x ambik jalan pintas untuk bagitau perasaan aku dulu..
kepada yg pernah, sedang atau mungkin mengalami masalah seperti ini :) sila renungkan....

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga. 

2 comments:

✖sLap mE pLz!™✖ said...

aku 1st ke neh? nice blog,,

*xde kaitn dgn post pon hoho,,,
ko mmg rmntik la

missyana izzati said...

mane ade romantik!!!! biase jer wei!
ape2 pon thanks!