Monday, February 22, 2010

contest "Aried,Romantik itu Bukan MIMPI"

penganjur : mathsensei.blogspot.com

Romantik biasanya dikaitkan dengan cinta... jika ditanya pada diri si penulis ini pasti tidak terungkap,kerana aku juga masih belum pernah jatuh cinta, belum pernah terkena panahan cinta...
antara 3 pilihan tajuk yang diberikan aku memilih tajuk ke-3, sesuai dengan diri yang masih single..hahahaha! "Perkara romantik yang kamu impikan dari seseorang"

apa yang aku impikan dari seseorang?? okay, pertama sekali sebelum tu, aku berharap aku akan dipertemukan dengan cinta sejati satu hari nanti. dengan sang jejaka yang baik akhlaknya, jujur, bertanggungjawab dan memahami diri ini.....insyaAllah... si dia yang mendapat green light dari umi dan papaku. bagi aku tiada yang lebih baik melainkan keputusan ibu bapa especially umiku, orang yang paling aku sayang dalam dunia ni.. jadi sekiranya dia mendapat izin dari orang tuaku maksudnya si dia ini seorang yang sesuai untuk aku... kadang-kadang orang lain lebih tahu apa yang lebih sesuai untuk kita melebihi diri kita sendiri..
Perkara yg aku impikan dari seseorang ialah x lain dan x bukan lamaran. lamaran untuk dijadikan teman hidup, sama-sama menempuh suka dan duka bersama-sama.lamaran yang ikhlas dari hatinya bukan kerana terpaksa atau dipaksa.lamaran yang benar-benar kerana cintanya kepadaku bukan kerana nafsu, dan bukan juga kerana keduniaan. lamaran yang berpaksikan cinta yang datang dari hati....
rasanya setiap pasangan atau setiap orang pasti inginkan cintanya mempunyai kesudahan yg menggembirakan. Happy Ending lar.bukan sahaja buat dirinya dan pasangan tetapi kesudahan yang menggembirakan semua pihak di sekeliling kita. ibu bapa, teman-teman.... tiada ibu bapa yang tidak mahu melihat anaknya ke jinjang pelamin, berkahwin dan hidup bahagia. setiap ibu bapa pasti mendokan jodoh yang terbaik buat putera puterinya agar terjamin kehidupannya di dunia dan di akhirat. tiada teman yang tidak mahu melihat temanya hidup dalam kebahagiaan dan kesenangan.. teman yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabatnya. aku impikan lamaran yang mampu membuatkan aku mengatakan ya! tanpa perlu berfikir. aku benar-benar yakin dengan cintanya.....
aku impikan cinta sejati. yang datang dengan sendiri tanpa aku mencari....
aku impikan lamaran yang luhur dari hati, yang mampu membuat hati aku tersenyum...
aku impikan lamaran yang mampu membuat aku berkata "inilah jodohku"

semoga dipertemukan dengan jodoh yang tepat.... insyaAllah


sebenarnya romantik itu bukan mimpi., walaupun aku x pernah jatuh cinta, aku percaya yang romantik itu wujud dalam alam realiti ini. setiap orang mungkin berbeza penilainya tentang romantik....
kita menilainya sendiri....

p/s: kepada yg berminat ngan contest ni boleh lar join....

No comments: