Monday, August 10, 2009

menangislah wahai wanita!.

menangislah hati...menangislah jiwa....jika itu dapat membuat kamu tenang, menangislah. kita cuma insan biasa yang punya perasaan suka mahupun perasaan sedih. kita wanita memang mudah menangis tapi itu bukan bermaksud kita lemah..kita menangis, menangis dan menangis lagi. air mata itu memang sebati dengan diri kita. air mata itu cukup kenal dengan golongan yang namanya wanita..dari air mata itu, turun perasaan kasih, lahirnya perasaan sayang, timbulnya perasaan cinta. menangislah semua, jika kamu sedih....kenapa ditahan air mata suci itu dari mengalir??? kenapa Allah kurniakan kita air mata jika bukan untuk dikeluarkan...ramai..ramai di luar sana yang mengaggap kita lemah kerana kita menangis, ramai yang menganggap kita tidak berdaya apabila kita menangis..kenapa??? salahkah kita mengeluarkan perasaan kecewa, sedih, benci kita.. mereka di luar hanya mampu melihat dan menterjemah apa yang mereka lihat tanpa mendalami dan mentafsir di sebalik semua ini. kita yang melalui semua ini, tidak akan ada sesiapun yang akan memahami situasi kita yang sebenarnya....orang di luar...orang di luar cuma mampu melihat dan kemudiannya memberitahu kita bahawa mereka faham...apa yang mereka faham?? adakah mereka pernah berada di tempat kita? pernahkah mereka melalui saat duka seperti ini? apa yang mereka maksudkan? palsu!!!! ada segelintir manusia di luar sana yang cuba memperbodohkan kita, di depan bijak bermain kata-kata, di belakang habis semua pekung di buka....yup! masih ada orang sebegini di dunia ini..yang kononya faham kita tapi sebenarnya... mendustai kata-kata! jadi kenapa kita tidak menangis??? jika memang kamu rasa sudah tidak mampu menahan perasaan duka itu, keluarkanlah..menangislah sahabat! tidak ada hukum agama melarang seseorang hamba Allah itu menangis...yang ada hanya hukum manusia..yang kita pendamkan ialah duka...luahkanlah duka itu...jika tidak dikeluarkan sekarang, akan menjadi luka paling dalam..tidak dapat diluahkan dengan kata-kata....ingatlah sahabat: kita memang golongan yang mudah menangis tapi kita tidak lemah!!

No comments: